BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Siapa Saya

My Photo
AnAs HaKim
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
View my complete profile

Wednesday, October 19, 2011

1 perkara membawa kepada perkara yang lain...

In The Name of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful...
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menjenguk ke laman ini, tiba2 Allah membuka ruang kepada aku untuk meneruskan lg coretan di laman ini.. Dalam masa yang terdekat ini aku akan menghadapi Final Exam bermula pada 25/10/11.. Sama2 la kita mendoakan kejayaan bersama.. Di sini aku ingin berkongsi satu coretan yg aku jumpa di fb.. Dikongsikan agar kita sama2 beroleh manfaat... Renung2kan...

1 perkaral yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG.
1 perkaral yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH.
1 perkara yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA.
1 perkara yg membuat kita MAJU adalah USAHA.
1 perkara yg membuat kita KUAT adalah DO'A.

Jadi agar hidup ini lebih INDAH..
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada semua makhluk..
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa.. :D

Saturday, July 2, 2011

Pantun2 dikala bosan...


Di MATRI ade Cikgu Azmi
di KTD ade Encik Rahim
aku mulakan coretan ini
dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Dua tiga kucing berlari
berlari2 masuk McD
nak cukup sebulan aku cuti
tibala masa nak balik KTD.

Anak hamster dibela atan
atan import dari turki
coretan blog dijadikan peringatan
agar diri terus diperbaiki.

Jalan2 di taman permainan
terserempak pula dengan sultan
yg bernama manusia xlari dari ksilapan
diriku ingin memohon kemaafan.

Tidur lena di dalam buaian
didodoikan oleh abang yang disayangi
maaf dipinta andai ade yg x kesampaian
x kurang juga yg terguris hati.

Blog direka bukanla untuk khayalan
tetapi ikhlas dari coretan hati
yg baik dijadikan pengajaran
yg buruk kita tolak tepi.

Sampai disini sahaja coretan hamba
ade rezeki kita bertemu kembali
bukan susah nak cari saya
saya still belajar di KayTeeDee.
Sekian..

Hikmah di sebalik bertenang..

Aku mulakan coretan kali ini... 
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Bak kata orang tua2 pengalaman mengajar erti kehidupan.
Pengalaman juga mendewasakan kita dalam menempuh hari2 yang mendatang.
Aku tersenyum sendiri apabila terkenangkan pengalamanku ini.
Kadang2 berasa lucu, kadang2 berasa geram, kadang2.... ntah la... tak dapat nak digambarkan dalam perkataan mungkin.
Cuma yang membuatkan aku tertarik untuk mencoret di sini kerana pengalaman itu memberi pengajaran yang amat bermakna.

Pada suatu hari ketika cuti semester memanggil para student untuk pulang ke rumah, aku pun tidak ketinggalan untuk pulang ke rumah tercinta.
Selalunya aku akan pulang dengan menaiki bas ekspress, tetapi cuti kali ini aku memilih untuk menaiki kereta api dengan kawan2 aku.
Seminggu sebelum pelajar2 pulang ke rumah, aku pergi ke pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk meminta borang kemudahan pengangkutan untuk pergi ke stesen bas atau kereta api.
Almaklum la masa ni xde kenderaan untuk pergi ke stesen, stesen kereta api pulak jauh dari bandar.
Disingkatkan cerita, pada petang mahu menaiki kereta api itu, aku pun naik la bas KTD ngn kawan2 aku yang nak pergi pelbagai stesen cthnye stesen bas langgar, tesco dan stesen kereta api.Di dalam bas aku sudah terbayangkan rumahku.
Tiba2 bila diberitahu kami mahu ke stesen kereta api wakaf bharu kepada driver bas KTD, dia terkejut.
Dia pun berkata kepada kami "Mana boleh pergi wakaf baru, jem mase ni kat jambatan tu. lagi2 bawak bas besar ni." lebih kurang la katanya.
Kami pun berfikir, abistu camne kami nak pegi stesen keta api??
Driver bas itu pun memberi altenatif kepada kami untuk trun di stesen bas tesco yang berdekatan sikit la dgn stesen keta api.
Tapi xlepas jambatan lg la. Jambatan nak pi wakaf baru tu terkenal dgn jem yang agak teruk la pada waktu petang disebabkan sedikit kerja2 pengubahsuaian.
Kami pun diturunkan di stesen bas tesco.

Jarum jam menunjukkan hampir ke pkul 6.
Keta api kami dijadualkan pkul 6.45 klo xslap.
Kami pun pkir, ape susah, amik la teksi pi stesen ketapi.
Rupa2nya bila dikatakan mahu ke wakaf baru ramai pemandu teksi tidak sanggup mengharung jem. ade yang menawarkan harga yang terlampau mahal.
Ketika ini aku sudah mula resah dan gelisah tanpa arah.
Takkan nak burn tket ketapi ni.
Tapi aku musykil dengan seorang sahabat aku ni yang relax je. tengok pon mcm xde pape berlaku.
Aku pun terfikir, dia ni real bai, nak tertinggal keta api pon boleh bertenang.
Aku pun mengasak dia dengan pelbagai soalan.
"Weh, camne ni?? aku nak balik umah la."
"Nak naik ape gi wakaf baru ni??"
"Kita amik je la teksi ni, mahal pon xpe la."
Dia menjawap dengan relax je.
"Relax la bro, aku pun nak blik umah. kita tunggu dulu. mana tau ade altenatif lain."
aku mula terfikir, nak naik ape lg. dah tersekat kat sini, sape nak dtg tlong.
aku yang sudah hampir jatuh rahang ni, dia boleh wat perangai chill out lg.
Sedang aku mundar-mandir di kaunter tiket bas itu...
Aku melihat seakan2 ade peluang yang cerah untuk menuju ke stesen kreta api...
Aku terlihat kelibat bro syahmi yang menaiki kereta wira putihnya.
Abg Syahmi merupakan senior kami di KTD.
Aku pun memberitahu hasrat kami untuk ke stesen kereta api.
Dia yg dtg ke situ untuk membeli tiket untuk kawannya berfikir sejenak.
Sememangnya Allah itu selalu membantu hambaNya.
Kami berjaya tiba di stesen kereta api tepat pada waktunya.
Kesimpulan yang dapat aku simpulkan daripada kejadian ini...

'Bertenanglah dalam setiap perkara kerana dalam ketenangan itu akan muncul pertolongan yang tidak disangka2'..

Sekian..

Friday, June 24, 2011

Aku merindui barisan tentera 'FRU'...

Generation XV

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun..
Kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat lagi aku menconteng blog ini.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW idola ummah sepanjang zaman.
Apa itu 'FRU'?
Mungkin ramai yang tak tahu akan tertanya-tanya apa itu FRU.
FRU merupakan singkatan kepada Furqan Revolution Unit yang merujuk kepada batch aku ketika di MATRI dahulu.  
Batch aku merupakan generasi ke-15 Ma'had Attarbiyah Alislamiyah (MATRI).

Wahai sahabat2ku, ketahui lah aku merindui saat kita di matri dahulu.
Aku merindui saat kita bergembira dan berduka.
Saat kita menelaah pelajaran tanpa mengenal apa erti penat.
Kau membantu aku ketika aku susah dan memerlukan seorang sahabat.
Aku senang dengan sikap kau yang ingin melihat kita berjaya bersama2.
Kegembiraan makan di dalam talam bersama2 menggambarkan betapa utuhnya ukhwah yang dibina.
Kau papah aku ketika aku rebah dan futur tanpa rasa jemu.
Itu semua mengimbau kembali kenangan kita di zaman persekolahan.
Kini, kau dan aku meneruskan perjuangan dalam bidang masing2.
Terpisah antara IPT mahupun benua.
Tetapi aku yakin walaupun jasad yang terpisah, hubungan ukhwah antara kita tak akan luntur walaupun diasak oleh pelbagai dugaan.
Dan aku tertanya-tanya...
Bila kita nak wat gathering lagi???
Dan ketahuilah bahawa Aku merindui 'FRU'...
"Andai hidup punca perpisahan biarlah mati menyambungnya semula."
 Hanya Kamu..
Peace u all.. See u later.. (^_^)
15 Generation

Wednesday, June 22, 2011

Kau rasa kau dah cukup 'baik'?



In The Name Of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful.
  Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah inayah-Nya dapat lagi kita bernafas hingga ke detik ini. Selawat dan salam kupanjatkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana dengan perjuangan baginda dapat lagi kita mengecapi nikmat iman dan islam. Pada post kali ini aku tidak berhajat untuk bertazkirah atau berceramah, tetapi sekadar perkongsian tentang sedikit ilmu yang ada ini. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan dimanfaatkan untuk kejayaan bersama di dunia mahupun akhirat.
  Persoalan yang aku mahu utarakan di sini ialah bagaimana hendak menjadi seorang yang baik? Adakah aku sudah cukup baik hingga boleh mendabik dada dengan bongkak? Adakah aku sudah cukup baik untuk bergelar seorang muslim yang ideal? Adakah sekadar sudah baca dua tiga buku agama sudah rasa begitu baik? Kadang-kadang kita merasakan diri kita baik, tetapi adakah kita menepati baik yang ditetapkan oleh ALLAH? Tepuk dada tanyalah iman.
  Aku ingin kongsikan sebuah cerita untuk menjawab persoalan-persoalan yang mengetuk pintu hatiku ini. Mungkin cerita ini mempunyai jawapan di sebalik persoalan tersebut.
  Aliff merupakan seorang pelajar yang bijak dalam pelajaran. Dia merupakan seorang yang terpelajar dan datang dari keluarga yang berjaya.Tetapi, kehidupan dia yang moden dan mewah telah menjauhkan dirinya daripada Tuhan Pencipta Alam. Mungkin kerana didikan agama yang tidak teguh sejak dari kecil menyebabkan dia hidup tanpa hala tuju. Hidupnya adalah untuk bergembira dan bersuka ria. Allah itu Maha Pengasih terhadap hamba-Nya, ternyata hidayah itu milik-Nya. Pintu hatinya yang keras dan diselaputi karat-karat jahiliyah umpama kembali bersinar apabila dia mahu berubah untuk kebaikan. Dia mula belajar asas-asas agama dan cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik.

Pada suatu hari Aliff yang merasakan dirinya telah berubah untuk menjadi baik berasa malu terhadap sahabatnya, Aiman. Baru dia sedar bahawa dia tidak sampai tahap baik yang sebenarnya. Dia merasa kagum dengan sahabatnya Aiman yang jauh lebih baik dan soleh daripadanya. Tetapi Aiman merupakan seorang zuhud dan rendah diri. Maka terjadilah dialog antara mereka.
 “Macam mana nak jadi baik?” Aliff mengajukan soalan. Aiman diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” “Baik itu ape?” Aiman pula bertanya kepada Aliff. “Hmm… Baik tu baik la.” Aliff menjawab. “Bagi aku, sesiapa yang beriman kepada Allah itu ‘baik’.” Aiman memberi definisi.
“Hmm… Ok..”
“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Aiman bertanya lagi. “Kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham daripada statement tu?”
“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggal semua yang Dia larang.” Aliff menjawab.
“Betul. Kalau ada benda yang tak setle lagi tu tak cukup baik lagi la tu.”
“Hah?” Aliff menjawab tanda tidak faham.
“Maksudnya, kalau sorang perempuan tu pakai tudung tapi tidak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau dia cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.”
“Hmm…”
“Sama juga kalau contoh untuk lelaki. Kalau baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi tak puasa pada bulan Ramadhan. Atau dia solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.” Tambah Aiman.
“Sebab Allah dah kata dalam surah Al-Baqarah ayat 208, maksudnya jika nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam islam sepenuhnya dan jangan kamu ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata’. Maknanya tak boleh nak amalkan islam itu secara juz’ie. Mana yang kita rasa nak buat, kita buat. Mana rasa tak nak buat kita redah langgar je. Selagi tak masuk islam tu secara penuh, tak cukup baik lagi la tu.” Terang Aiman dengan panjang lebar.
“It’s about masuk ke dalam islam seluruhnya.”
“Tu kira aku punya definisi baik yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan aku pun belum cukup baik dan sedang berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok pada usaha, bukan natijah atau hasilnya.”
Sejak daripada perbualan itu Aliff mula memikirkan akan tanggungjawab bagaimana nak jadi baik.
  Mungkin setakat itu sahaja cerita yang ingin aku kongsikan untuk post kali ini. Cerita ini sebenarnya diadaptasi daripada bahan-bahan bacaan yang aku baca. Yang paling penting dan utama pengajarannya untuk diri aku yang lemah dan tidak lepas daripada membuat dosa. Aku memohon maaf sekiranya tersilap tatabahasa atau post kali ini mengguris hati sesiapa. Tidak berniat untuk menyindir sesiapa. Just untuk kebaikan dan perubahan bersama. Moga beroleh manfaat dan menjadi baik mengikut skema yang Allah tetapkan. Sekian.

Monday, June 20, 2011

Andai aku berubah...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

  Sahabatku..
  Mungkin aku yang dahulu selalu cakap pasal dakwah dan tarbiyah.
  Mungkin dulu aku seorang yang baik dan soleh.
  Persoalan yang timbul di minda aku, andai aku berubah dengan arus jahiliyah,
  Adakah kamu akan membenci aku?
  Adakah kamu akan membiarkan aku terus hanyut?

  Atau...
  Kamu tekad untuk gapai tangan aku kembali?
  Kamu pimpin aku ke arah kebenaran?
  Itulah yang aku harapkan..
  Kamu gapailah tangan aku kembali...
  Janganlah kamu sisihkan aku..
  Renungan untuk diri sendiri...

Sunday, June 19, 2011

Bermula dengan merangkak sehingga boleh berlari..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
  Aku mulakan coretan ini dengan memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk membuka mata hingga ke saat ini. Selawat dan salam dipanjatkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW kerana dengan perjuangan dan pengorbanan baginda dapat lagi kita menikmati nikmat iman dan islam. Tanpa dua nikmat ini hidup manusia akan musnah biarpun dikelilingi harta yang melimpah.

Di sini aku berasa gembira sangat kerana dapat lagi meneruskan coretan ke dalam blog ini setelah sekian lama berdiam diri. Aku pun tak tau macam mana rasa nak menulis blog ni boleh datang balik. Mungkin Allah masih memberi peluang untuk aku terus menulis dalam usaha memperbaiki diri sendiri. Di samping itu masa cuti yang terluang ini tidak mahu dibazirkan begitu sahaja. So, aku ambil keputusan nak teruskan berblogger. Mohon tunjuk ajar daripada sahabat2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Aku mulakan kembali blog aku ini dari merangkak agar aku dapat berlari bersama sahabat2ku yang lain. Mungkin setakat ini sahaja dulu intro aku, moga kan bertemu dalam post yang lain. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.