BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Siapa Saya

My Photo
AnAs HaKim
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
View my complete profile

Wednesday, February 29, 2012

Perancangan Allah pasti ada hikmahnya!!

Aku mulakan coretan kali ini...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Setelah sekian lamanya aku rasa tidak menggerakkan pena untuk terus mencoret di laman sesawang ini. Rasanya jika laman ini adalah rak buku, aku rasa sudah mula tumbuh sarang si labah-labah di laman ini.(nak kata lama sgt xupdate). Tetapi pada hari ini hati aku tergerak untuk meneruskan coretan di laman Semanis Coklat ini. Pada post kali ini aku ingin kongsikan pengalaman aku semenjak dua menjak ini. Sebenarnya aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan ini, tetapi itu lah realiti hidup kita. Baru-baru ini aku mencuba pengalaman yang agak baru bagi aku iaitu menyertai pencalonan Pilihan Raya Kampus Kolej Teknologi Darulnaim untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Memang Awesome...

Poster kumpulan V4C yang menekankan Undilah untuk Perubahan.

Satu-satunya pengalaman bagi diriku yang banyak mengajar aku dalam pentas dunia politik. Tetapi bagi aku perkara ini melatih kita untuk memilih pemimpin dalam kalangan pelajar. Aku gembira kerana aku dapat belajar bagaimana untuk berkempen, prosedur pilihanraya dan macam-macam lagi. Alhamdulillah kini telah berakhirnya PRK KTD. Dengan izin Allah aku tidak terpilih untuk menang untuk MPP, tetapi menang di tempat lain. Aku yakin dengan apa yang Allah rancangkan ini adalah yang terbaik untuk diriku. Aku gembira mendengar statement seorang lecturer kpd aku,"menang atau kalah ana tak kisah, yang ana kisah kerja-kerja islam tetap mesti diteruskan". Allah lebih tau dimana peranan kita dalam memberi sumbangan kepada islam. Tetapi aku bangga kerana aku dapat belajar sesuatu daripada PRK kali ini.Allah tidak akan menguji hambaNya andainya kita tidak mampu dengan ujianNya. Allah Pencipta kita, Dia lebih tau apa kemampuan kita.Allah lebih tau adakah kita sudah bersedia untuk tanggungjawab itu.
Apa yang baik itu datangnya daripada Allah, yang lemah dan kurang itu aku memohon ampun kpd Allah S.W.T.hakikatnya dua-duanya datang daripada Allah S.W.T. 
Sekian dahulu untuk post kali ini, moga kan bertemu kembali.
~Semanis Coklat~